SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB KELAB PENGGUNA SMK TAMAN MOLEK | FOLLOW or DASHBOARD
Kelab Pengguna SMKTM: Pengenalan

Pengenalan




Kelab Pengguna Sekolah (KPS) ; merupakan salah satu pendekatan pendidikan kepenggunaan yang digunakan oleh KPDNKK dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam usaha meningkatkan kesedaran kepenggunaan khususnya di peringkat sekolah.

KPS merupakan entiti kumpulan yang berstruktur, berperlembagaan, berperaturan dan berkepimpinan yang dianggotai oleh murid-murid sekolah yang mempunyai minat dan kecenderungan yang sama serta bertujuan untuk saling bekerjasama, bantu-membantu dan berkongsi sumber dalam melaksanakan aktiviti dan mencapai matlamat  yang telah ditetapkan dan dipersetujui bersama.


Kelab Pengguna Sekolah (KPS)

Golongan pelajar merupakan kumpulan pengguna generasi baru (New Consumer Group) yang bakal mempunyai kuasa beli sendiri dan berupaya mempengaruhi permintaan serta penawaran barang dan perkhidmatan suatu hari nanti.

Sehubungan dengan itu, salah satu inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan Kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), telah menubuhkan Kelab Pengguna Sekolah (KPS) sejak tahun 1992 yang berfungsi sebagai nadi penggerak pendidikan kepenggunaan di peringkat sekolah.


Tujuan Utama Penubuhan KPS

Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran di kalangan generasi muda mengenai hak dan tanggungjawab mereka sebagai pengguna seterusnya mempengaruhi corak  penggunaan, pemikiran, gaya hidup dan tindakan mereka berkaitan aspek-aspek kepenggunaan.


Objektif Penubuhan KPS

  1. Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan kepenggunaan di kalangan pelajar.
  2. Menggalakkan pelaksanaan program/aktiviti kepenggunaan di peringkat sekolah
  3. Mengukuhkan jaringan kerjasama di kalangan pelajar.
  4. Membentuk generasi muda yang rasional dalam membuat keputusan pembelian barangan/perkhidmatan dengan mengambil kira faktor harga, kualiti, keselamatan, penggunaan sumber, ekologi dan keadaan ekonomi semasa.
  5. Mewujudkan kumpulan pengguna generasi baru yang bermaklumat, bijak dan bertanggungjawab.