SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB KELAB PENGGUNA SMK TAMAN MOLEK | FOLLOW or DASHBOARD
Kelab Pengguna SMKTM: Logo Kelab

Logo Kelab


Logo KPS


Keterangan
Empat warna yang dipilih untuk logo ini adalah berteraskan kepada warna bendera Malaysia iaitu warna biru, putih, merah dan kuning yang melamangkan maksud yang tertentu.

Biru : Melambangkan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, bersatu padu serta      berusaha dalam memajukan pembangunan ekonomi berasaskan sains dan teknologi canggih.

Kuning : Kedaulatan Raja Berperlembagaan serta mendukung dang menghormati lunas-lunas perlembagaan dan falsafah rukun negara.

Merah : Melambangkan keberanian dan bersedia menghadapi segala rintangan dan cabaran dalam usaha meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju.

Putih : Kesucian, keikhlasan, dan kesungguhan bagi mempertingkatkan ketahanan rakyat yang beradab, berkebudayaan dan berkeperibadian Malaysia.

Logo 1 Malaysia : Menunjukkan bahawa semua Kelab Pengguna Sekolah di Malaysia akan menggunakan logo yang sama dan mendukung bersama gagasan 1 Malaysia.

Lakaran 8 Imej Manusia : Ditengah-tengah bulatan menunjukkan 8 hak pengguna yang mesti diketahui dan disemai sejak alam persekolahan melalui Kelab Pengguna Sekolah supaya menjadi pengguna yang bijaksana, berhemah dan berpengetahuan kepenggunaan.

Bulatan : Bulatan yang melingkari imej 8 manusia menunjukkan bulat fikiran dan kerjasama di kalangan rakyat Malaysia supaya dapat merealisasikan hasrat negara untuk mewujudkan keharmonian kaum yang akan mendorong kepada kemajuan negara yang bertaraf dunia.