SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB KELAB PENGGUNA SMK TAMAN MOLEK | FOLLOW or DASHBOARD
Kelab Pengguna SMKTM

Kelab Pengguna


Kelab Pengguna Sekolah (KPS) merupakan salah satu pendekatan pendidikan kepenggunaan yang digunakan oleh KPDNKK dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam usaha meningkatkan kesedaran kepenggunaan khususnya di peringkat sekolah.

KPS merupakan entiti kumpulan yang berstruktur, berperlembagaan, berperaturan dan berkepimpinan yang dianggotai oleh murid-murid sekolah yang mempunyai minat dan kecenderungan yang sama serta bertujuan untuk saling bekerjasama, bantu-membantu dan berkongsi sumber dalam melaksanakan aktiviti dan mencapai matlamat  yang telah ditetapkan dan dipersetujui bersama.

Keahlian KPS

»    Terbuka kepada semua pelajar sekolah yang berminat menyertainya.
»    Ahli wajib menghormati, mendukung dan mematuhi perlembagaan dan peraturan kelab sepanjang masa dalam semua keadaan.
»    Ahli wajib menjaga dan mempertahankan nama baik, maruah dan identiti kelab dan sekolah.
»    KPS mestilah dibimbing oleh Guru Penasihat KPS.