Kelab Pengguna
Sekolah (KPS) merupakan salah satu pendekatan pendidikan kepenggunaan yang
digunakan oleh KPDNKK dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam
usaha meningkatkan kesedaran kepenggunaan khususnya di peringkat sekolah.
KPS merupakan entiti kumpulan yang
berstruktur, berperlembagaan, berperaturan dan berkepimpinan yang dianggotai
oleh murid-murid sekolah yang mempunyai minat dan kecenderungan yang sama serta
bertujuan untuk saling bekerjasama, bantu-membantu dan berkongsi sumber dalam
melaksanakan aktiviti dan mencapai matlamat
yang telah ditetapkan dan dipersetujui bersama.
Keahlian KPS
» Terbuka kepada semua pelajar sekolah yang berminat menyertainya.
» Ahli wajib menghormati, mendukung
dan mematuhi perlembagaan dan peraturan kelab sepanjang masa dalam semua
keadaan.
» Ahli wajib menjaga dan
mempertahankan nama baik, maruah dan identiti kelab dan sekolah.
» KPS mestilah dibimbing oleh Guru
Penasihat KPS.